Wednesday 28 October 2020

Memahami dan Meneladani Sifat Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar anak-anak semua,

Semoga semuanya sihat disamping keluarga tersayang.

Sekolah ditutup lagi akibat kes Covid19 yang tinggi di Negeri Sembilan, semoga semuanya berhati-hati dan kurangkan pergerakan ke luar rumah. 

Semoga  juga keadaan segera kembali seperti sediakala.


Jom tonton video di bawah ini. 


Perkongsian kali ini adalah bersempena Hari Maulidur Rasul - 29 Oktober 2020 / 12 Rabiulawal 1442H. Apakah kaitan dengan sifat rasul yang boleh kita contohi walaupun anak-anak masih muda remaja?

BULAN CINTAKAN RASULULLAH SAW

Menjejak bulan Rabiulawal, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Maulidur Rasul, iaitu hari istimewa untuk mengingati perjuangan Rasulullah SAW dan menyemai rasa cinta serta rindu kepada Rasul junjungan Allah SWT ini.

Pada waktu inilah umat Islam seluruh dunia akan membasahkan bibir dengan bacaan selawat ke atas Rasulullah SAW demi mengingatinya.

Namun, disebalik itu, sambutan Maulidur Rasul ini juga mempunyai pengajaran yang tersirat, yang mana ia menggalakkan seluruh umat manusia mengingati akhlak terpuji dan keperibadian mulia baginda untuk dijadikan contoh tauladan terbaik dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Selain itu, sambutan ini juga merupakan satu refleksi buat semua umat Islam dalam mengukur tahap keimanan diri sendiri saban tahun.

Akhir kata, semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini memberi 1001 makna buat umat Islam dalam menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Diharap, sambutan kali ini dapat dijadikan medan buat seluruh umat Islam untuk menghayati perjuangan baginda dan seterusnya menyebarkan lagi ajaran Allah SWT dalam usaha mendapatkan keberkatan di dunia dan akhirat.

- artikel Rasulullah SAW, utusan teragung yang perlu dicontohi (Melaka kini)

Memahami dan Meneladani Sifat Nabi Muhammad SAW

Siddiq (Jujur) 

Jujur adalah sikap yang menyatakan sesuatu sesuai dengan fakta. Kejujuran Rasulullah SAW sangat terkenal, tidak hanya diakui teman terdekatnya, bahkan diakui oleh musuhnya. Ali r.a meriwayatkan bahawa Abu Jahal berkata kepada Rasululullah SAW, ”Kami tidak mengatakan engkau dusta. Namun, kami menganggap dusta ajaran yang engkau bawa.” Beliau selalu jujur dalam perkataan dan perbuatan yang benar. 

Anak-anak juga seperti itu. Dalam situasi apapun, sifat kejujuran harus dimiliki. Tanda anak hebat adalah jujur. Sebagai contoh, seorang anak, bernama Muzaffar ditanya oleh guru. "Muzaffar, pagi tadi kamu solat Subuh?” Muzaffar menjawab dengan berbohong, ”Ya cikgu, saya solat Subuh pagi tadi.” Guru bertanya lagi, ”Pukul berapa awak solat?” Muzaffar berbohong lagi, ” Pukul 5.00 pagi, cikgu.” Guru bertanya lagi, ”Awak solat dengan siapa?” Muzaffar terpaksa berbohong lagi, ”Solat bersama ibu, nenek dan abang.” Hanya disebabkan telah berbohong sekali, Muzaffar terpaksa berbohong lagi dan lagi kerana guru terus bertanya. Jadi kita tidak boleh berbohong kerana apabila kita berbohong sekali, seterusnya kita akan mencipta pembohongan-pembohongan yang lain dan menyebabkan kita mendapatkan banyak dosa. Selain itu, kita juga orang lain akan hilang kepercayaannya kepada kita walaupun kita berkata benar. 

Amanah (Dapat Dipercayai)

Amanah merupakan sikap yang dapat dipercayai. Apabila suatu urusan diberi kepercayaan kepadanya, maka dia akan melaksanakan urusan tersebut dengan sebaik-baiknya. Sebagaimana Rasulullah SAW diberikan amanah untuk menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia, baginda melaksanakan tugas itu dengan sebaik-baiknya meskipun mempertaruhkan nyawa, jiwa, dan raga. Rasul tidak gentar untuk menjalankan amanah itu.

Ketika kita berjanji kepada ibu bapa, kawan-kawan, saudara mara, bahkan kepada musuh sekalipun kita harus tetap menepati janji. Jika kita mengingkarinya bererti kita tidak dapat dipercayai lagi. Contohnya, Siti telah diberikan amanah oleh guru untuk memberitahu kawan-kawannya yang lain untuk membuat tugasan di dalam kelas. Tetapi Siti tidak menyampaikannya kepada kawan-kawan tanpa ada alasan yang munasabah. Ini bererti Siti termasuk orang-orang yang tidak dapat dipercayai.   

Tabligh (Menyampaikan) 

Sifat tabligh yang maksudnya adalah menyampaikan, iaitu sifat wajib Nabi menyampaikan seluruh ajaran yang diterima dari Allah SWT berupa wahyu kepada umat manusia agar menjadi pedoman hidup. Rasulullah SAW menyampaikan seluruh ajaran yang diterimanya dari Allah SWT bahkan sehingga perkara yang sekecil-kecil pun agar umat manusia mempunyai pedoman didalam kehidupannya. 

Kewajiban mencontohi dan menerapkan salah satu sikap Rasulullah iaitu menyampaikan amanah yang ia dapat kepada orang yang berhak menerimanya dan tidak ada satu pun yang tidak disampaikan oleh baginda seperti yang telah diamanahkan. Contohnya, Amir disuruh oleh ibunya untuk menyampaikan dan memberikan duit kepada makcik peniaga kedai makan. Tetapi Amir tidak memberikan duit tersebut, malah menggunakannya untuk membeli barang lain yang dikehendakinya. Ini bererti Amir tidak menyampaikan amanah yang diberikan oleh ibunya kepadanya.   

Fathonah (Cerdas) 

Sifat fathonah merupakan sifat yang pasti dimiliki. Kita semua tahu betapa sulitnya tugas Nabi Muhammad SAW sehingga wajib memiliki sifat cerdas. Rasulullah saw terkenal sebagai seorang yang cerdas dan pandai, serta sangat arif dan bijaksana. Dalam mengambil keputusan dibuat dengan pertimbangan dan pemikiran yang matang. Jadi dengan meneladani sifat cerdas Rasul, kita dapat menghadapi pelbagai rintangan di dalam kehidapan sehari-hari. Terutama anak-anak.

Keempat sifat dari Rasulullah yang dipaparkan di atas, merupakan akhlak yang perlu ditanamkan di dalam diri anak sejak awal kanak-kanak dan remaja. In sha Allah anak-anak semua akan menjadi manusia yang lebih positif, anak-naka yang sentiasa cuba berbuat kebaikan dan mampu memberikan pengaruh yang baik kepada orang lain.

                                                            Sumber: https://sahabatkeluarga.kemdikbud.go.id/laman/index.php?r=tpost/xview&id=4943

Klik di sini untuk Aktiviti Interaktif Sifat-sifat Rasul 

Salam Kasih,
Cikgu Sabrina
GBKSM SMA Rantau
#stayathome
#stayhealty
#kitajagakita

Wednesday 15 July 2020

Minda Sihat: Berfikiran Positif

Assalamualaikum
Apa khabar anak-anak semua?
Semoga semua dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. 


Hari ini cikgu nak berkongsi mengenai Berfikiran Positif.

PENGENALAN 
Berfikir secara positif adalah satu kemampuan individu untuk melihat dari sudut kebaikan dalam sebarang situasi walaupun secara umumnya situasi tersebut adalah negatif. Dengan berfikir secara positif, individu akan dapat mengawal situasi untuk mencapai matlamat yang positif.

DEFINISI PEMIKIRAN POSITIF
 Pemikiran positif adalah satu kebolehan individu untuk melihat kebaikan dalam mana-mana situasi walaupun situasi tersebut nampaknya negatif. 

FAEDAH PEMIKIRAN POSITIF
  1. Individu akan berupaya mengawal situasi dan bukan sebaliknya. Ini membolehkan individu menangani situasi untuk mencapai hasil positif.
  2. Pemikiran positif berkait rapat dengan harga diri. 
  3. Berfikiran positif dan menjauhi fikiran negatif pada amnya adalah strategi daya tindak yang baik dalam menangani tekanan dengan lebih berkesan.


SENARIO: 
Dipersalahkan oleh ahli kumpulan kerana Markah Kerja Kumpulan Rendah.

Kemungkinan Respon 

i) Respon Negatif:
Pemikiran negatif:- 
Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Mesti ada orang cuba menganiaya aku”. 
Tindakan negatif:- 
Berasa kecil hati. Mohon berhenti kerja. Terus bersedih dan sentiasa mengelak daripada berjumpa rakan sekerja dan pengurus. 
Hasil negatif:- 
Tidak dapat menumpukan perhatian ketika bertugas. Prestasi semakin menurun. Mencari helah untuk tidak hadir kerja. 

ii) Respon Positif 
Pemikiran positif:- 
Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Aku akan mencuba dengan lebih baik pada masa akan datang”. 
Tindakan Positif:- 
Berjumpa dengan pengurus untuk membincangkan langkah-langkah bagi meningkatkan produktiviti syarikat. 
Hasil Positif:- 
Berasa selesa dengan diri sendiri dan mempunyai harga diri yang tinggi. Tidak perlu mengalami stres. 

Langkah-langkah membantu berfikir secara positif.
Langkah 1 : Mengenalpasti situasi. 
Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran negatif. 
Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran negatif tersebut sahih/wajar, serta mempunyai fakta yang kukuh. 
Langkah 4 : Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih munasabah.

Jadi, mana satu pilihan anak-anak???



Salam kasih,
Cikgu Sabrina

#kitajagakita
#staysafe
#stayhealthy

Thursday 9 July 2020

Minda Sihat: Teknik Relaksasi

Assalamualaikum
Anak-anak SMARt,
Apa khabar?

Semoga sentiasa berbahagia di bawah lembayung rahmat Ilahi.



Hari ini cikgu ingin berkongsi mengenai Teknik Relaksasi.

Apakah itu Teknik Relaksasi?


PENGENALAN

Teknik relaksasi adalah suatu teknik yang digunakan bagi mengurangkan tekanan atau stres. Teknik ini melibatkan pergerakan otot-otot skeletal (rangka) dan memerlukan minda ditumpukan kepada sensasi badan.


Faedah-faedah teknik relaksasi:-

a) Mengurangkan masalah fizikal akibat tertekan seperti gangguan tidur, sakit kepala, stres dan tekanan darah tinggi.

b) Meningkatkan tahap keyakinan dan harga diri (self esteem) hasil daripada keupayaan mengawal reaksi stres dengan baik.

c) Sikap tenang hasil daripada relaksasi dapat memperbaiki perhubungan klien dengan orang lain.


Teknik-teknik relaksasi adalah seperti berikut:-

a) Latihan pernafasan

b) Urutan
     • Bahu dan leher
     • Kaki

c) Terapi muzik

d) Relaksasi otot

e) Aromaterapi



Teknik Latihan pernafasan

a) Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi.

b) Pejam mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.

c) Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10.

d) Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.

e) Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas.

f) Ulangi 5 kali sehingga berasa tenang dan relaks.

g) Akhirnya, buka mata perlahan-lahan.



Relaksasi otot

a) Duduk di atas kerusi yang selesa.

b) Pejamkan mata.

c) Genggamkan sebelah tangan dengan kuat selama beberapa saat dan tumpukan perhatian kepada ketegangan genggaman tersebut.

d) Kemudian lepaskan genggaman perlahan-lahan. Rasakan ketegangan itu hilang perlahan-lahan.

e) Ulangi latihan ini pada otot-otot di bahagian lain badan (mata, muka, dahi,tangan dan kaki).



Terapi muzik

Contoh-contoh muzik untuk terapi:

 Relaxing song for studying


Relaxing music


Aromaterapi

(sumber: zakgreene.blogsopt)

Manfaat # 1: Aromatherapi Bantu Bidang Perubatan
Di Perancis, kaedah ini digunakan bagi melengkapkan lagi amalan tradisi perubatan yang mereka biasanya akan lakukan untuk menangani keperluan badan mereka. Di tempat ini, minyak pati diberi oleh doktor untuk menyasarkan organisma berbahaya yang boleh membawa kepada jangkitan virus, bakteria, atau kulat. Sebaliknya, di Amerika Syarikat, mereka akan menggunakan aroma untuk mengurangkan gejala penyakit. Ini adalah mengapa banyak orang sudah biasa dengan produk-produk seperti Vicks atau Halls ubat batuk yang berkesan melegakan sinus tersumbat serta kerongkong. Bahan kimia aromatik sebatian seperti kayu putih dan menthol boleh mengurangkan gejala yang berkaitan dengan selesema.
Manfaat # 2: Aromaterapi sebagai Tekanan Pelega
Apabila seseorang menyebut aromaterapi, perkara pertama yang akan berdering dalam telinga seseorang adalah bahawa ia boleh melegakan tekanan setiap hari. Aromaterapi kebanyakannya diberikan untuk mengurangkan simptom stres di kalangan rakyat. Satu contoh yang baik ini adalah minyak selasih yang biasanya diberikan untuk bertenang kesan kemurungan.
Manfaat # 3: Aromaterapi dan Kelakuan
Ia telah menunjukkan bahawa aromaterapi boleh memperbaiki keadaan fikiran itu memberi sedikit kesan kepada tingkah laku seseorang. Menurut kajian yang dijalankan di kalangan tikus, haiwan itu cenderung untuk menjadi tenang apabila mereka terkena aroma gaharu, lavender, dan lain-lain minyak disembur pada mereka ketika mereka menjadi sangat marah apabila terdedah kepada thymol, terpines oren, dan aroma lain.
Manfaat # 4: Aromatherapi Boleh Meningkatkan Tidur
Satu kajian menunjukkan bahawa orang tua dapat "tidur seperti bayi" masa yang apabila mereka terkena lavender aroma. Orang-orang ini mengalami gangguan kesukaran tidur dan terpaksa mengambil pil tidur untuk mendapatkan tidur sebelum penggunaan minyak wangi.
Manfaat # 5: Aromatherapi menjadikan Orang yang lebih Peka
Ia telah menunjukkan bahawa orang yang terkena rosemary dapat mempunyai penurunan dalam alpha frontal dan kuasa beta yang hanya menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam kewaspadaan. Tambahan pula, mereka juga mengalami tahap kebimbangan yang lebih rendah dan mereka boleh melakukan pengiraan matematik yang lebih cepat.
Manfaat # 6 Aromatherapi Menyembuhkan Luka
Anda boleh menggunakan minyak pokok teh untuk membersihkan luka pertama kemudian memohon helichrysum minyak pati di kawasan berhampiran luka tetapi tidak pada luka itu sendiri dengan tujuan untuk menggalakkan penyembuhan lebih cepat dan lebih selamat. Perlu diingat bahawa lebih cepat luka yang menyembuhkan parut yang lebih kecil akan berlaku.

Daripada perkongsian di atas, cikgu sarankan anak-anak untuk memilih mana-mana teknik relaksasi yang sesuai untuk mengawal tekanan yang dihadapi. In sha Allah ianya boleh membantu dan membuatkan kita tenang semula. Lakukan teknik relaksasi dengan konsisten dan lakukan juga dengan minda yang fokus. Semoga bermanfaat.

Salam kasih,
Cikgu Sabrina
GBKSM SMA Rantau

#kitajagakita
#stayhealthy
#staysafe

Thursday 2 July 2020

Minda Sihat - Tips Kawal Marah

Assalamualaikum..
Anak-anak apa khabar?
Semoga semuanya sihat disamping keluarga tersayang.


Hari ini cikgu ingin berkongsi mengenai Tips Untuk Kawal Marah (Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kemarahan pun ada definisinya, apakah ia? 
DEFINISI KEMARAHAN

Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada:-

i) Sakit hati / kecewa
ii) Ancaman / ugutan
iii) Penderaan fizikal
iv) Kehilangan

TANDA-TANDA 

i) Fizikal
• Mengetap 
• Sakit / pening
 • Tangan berpeluh
• Muka merah 

ii) Emosi
• Sedih
• Rasa bersalah
• Geram
• Gelisah

iii) Tingkah laku
• Menangis
• Menjerit
• Mengeluarkan kata-kata kesat
• Mengasingkan diri

Apabila rasa marah, bagaimana nak cuba kawal?
Dibawah ini cikgu kongsikan teknik 3B untuk kawal marah...

 LANGKAH 3B  
i) B : Berhenti
• Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa untuk mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar).
• Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam, atau membaca doa.
• Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat kejadian dengan serta merta.

ii) B : Berfikir
• Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap dengan orang yang anda marah.
• Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut.
• Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan.
• Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan ambil hati.

iii) B : Bertindak
• Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang menimbulkan kemarahan.
• Gunakan daya tindak yang berkesan (kaedah IDEAL)

Langkah-langkah penyelesaian masalah menggunakan kaedah IDEAL:

I - (Identify) Kenalpasti masalah (apakah yang menyebabkan masalah). Tanya diri anda atau orang lain.
a) Apa sebenarnya yang berlaku?
b) Siapakah yang terlibat?
c) Apakah punca masalah tersebut?
d) Bilakah berlaku?
e) Di manakah berlaku?

D - (Describe options) Huraikan pilihan-pilihan yang mungkin boleh menyelesaikan masalah.

E - (Evaluate consequences of each options) Buat penilaian akibat daripada setiap pilihan tersebut (timbang keburukan dan kebaikannya).

A - (Act) Bertindak berdasarkan pilihan yang terbaik.

L - (Learn) Belajar daripada tindakan yang diambil sama ada hasil tindakan tersebut berjaya menyelesaikan masalah atau sebaliknya. Iktiraf segala usaha yang telah dilakukan termasuk usaha diri sendiri.

TIPS UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK

i) Mengambilkira kesan setiap keputusan terhadap mereka yang terlibat.Sebaiknya libatkan setiap orang yang berkaitan dari peringkat awal perbincangan sebelum keputusan dibuat.

ii) Adalah berfaedah untuk menulis proses membuat keputusan di atas kertas dan buat catitan tentang cadangan-cadangan dengan mengambilkira butiran penting. Di samping mudah untuk melihat maklumat sebelum membuat sesuatu keputusan, ini juga boleh dijadikan rujukan pada masa-masa akan datang.

iii) Tulis kebaikan dan keburukan bagi setiap pilihan. Ini dapat membantu untuk menjelaskan lagi pemikiran.

iv) Membuat keputusan dengan memilih salah satu daripada beberapa pilihan yang ada. Proses ini melibatkan pemilihan sesuatu yang terbaik daripada beberapa pilihan yang baik.

v) Percaya kepada diri sendiri dalam membuat keputusan dan perlu faham bahawa keputusan yang telah diambil bukan 100% tepat. Selalunya membuat keputusan yang kurang tepat adalah lebih baik daripada tidak membuat keputusan langsung.

vi) Bila keputusan telah dibuat, jangan rasa ragu-ragu. Berwaspada akan kesannya dan tumpukan perhatian kepada langkah-langkah seterusnya. Jangan menyesal di atas keputusan yang telah dibuat. Itu adalah keputusan yang paling tepat pada masa itu. Kini tumpukan pula pada yang terbaik untuk masa kini.

vii) Elakkan daripada membuat keputusan secara tergesa-gesa atau gopoh.Tangguhkan dahulu membuat keputusan jika tidak mempunyai maklumat lengkap tentang sesuatu perkara itu.


Salam kasih,
Cikgu Sabrina
#staysafe
#stayhealthy

Wednesday 24 June 2020

Minda Sihat - Kaedah - Kaedah Menangani Stress

Assalamualaikum
Anak-anak SMARt,
Apa khabar? Semoga sihat dan sejahtera disamping keluarga tersayang.



Hari ini, cikgu akan berkongsi mengenai kaedah menangi stress.

Apakah maksud stress?
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua:
Definisi : /strĂ©s/ keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal: Seseorang mungkin akan bergantung pd ubat tidur selagi ia risau dan ~ apabila masalahnya tidak dpt diselesaikan. 















Kaedah menangani stress
Terdapat pelbagai kaedah untuk menangani stress. Salah satunya adalah dengan menggunakan kaedah 10 B:

B - Bertenang
B - Bernafas dengan dalam
B - Berkata: Relaks / Tak Mengapa
B - Beribadat
B - Bercakap dengan seseorang
B - Berurut
B - Berehat & Mendengar Muzik
B - Beriadah
B - Bersenam
B - Berfikiran Positif


Salam kasih,
Cikgu Sabrina
GBKSM SMA Rantau


Wednesday 10 June 2020

Perjuangan

Assalamualaikum
Apa khabar anak-anak semua?
Semoga sihat di samping keluarga.

Seperti semua sedia maklum, sekolah akan dibuka semula kepada semua murid tingkatan 5 dan 6 pada 24 Jun 2020 nanti. Diharapkan anak-anak murid tingkatan 5 boleh bersedia fizikal dan mental untuk meneruskan perjuangan menggapai impian ke arah kecemerlangan SPM 2020. Buat semua anak-anak tingkatan 1 hingga 4, walaupun tidak berada di sekolah secara fizikal namun perjuangan mendapatkan pendidikan diteruskan melalui pembelajaran alam maya oleh semua guru SMAR. Pendidikan adalah hak semua dan rebutlah peluang tersebut. Jangan disia-siakan. 


Anak-anak semua, tonton video ini untuk mendapat suntikan semangat di dalam video di bawah: 




Salam kasih,
Cikgu Sabrina
GBKSM SMA Rantau
#staySafe
#kitajagakita

Friday 8 May 2020

Pendidikan Pencegahan Dadah

Assalamualaikum W.B.T
Apa khabar anak-anak SMARt semua,
Semoga sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang.
Salam Ramadan ke 16.


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anak-anak mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah.



Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug.
Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.

Anak-anak, apakah maksud dadah menurut Kamus Dewan?
Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Bahasa – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. 
Walaupun demikian untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “Drug”, perkataan “Use”, “Misuse” atau “Abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. 
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenios bahan yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. 
Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Dadah dalam paracetemol, antibiotic? Coklat dan kopi ada dadah tak?
Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah di dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. 
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, pengunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Dadah yang dilarang?
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu, dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.
Dadah Dan Ciri-cirinya:
  1. “Dadah” ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
  2. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
  3. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;
  4. Diperolehi secara haram;
  5. Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;
  6. Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Jenis-jenis Dadah:
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-
  • Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;
  • Kanabis - ganja, hashish;
  • Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;
  • Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan
  • Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.
Klik pada gambar untuk zoom
Apakah simptom penagihan dadah?
Klik pada gambar untuk zoom

Apakah kesan dadah kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara?
Klik pada gambar untuk zoom

Oleh itu, anak-anak, berbaloikah kehidupan jika mengambil dadah dengan cara yang salah? 

Justeru, untuk tahun 2020 ini, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan tema Bulan Anti Dadah Kebangsaan seperti berikut:
Klik pada gambar untuk zoom

Objektif penganjuran Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 adalah: 
  1. Meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat mengenai peranan komuniti untuk bersama kerajaan dalam usaha memerangi dadah secara menyeluruh;
  2. Menyebarluas mesej-mesej antidadah mengunakan saluran kempen berkesan kepada komuniti; dan
  3. Menggembleng kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pihak industri, NGO/NPO dan pemimpin masyarakat dalam usaha pencegahan dadah secara holistik.
sumber: laman web AADK

Semoga anak-anak semua mendapat iktibar dari perkongsian hari ini dan menghindarkan diri dari kancah penagihan dadah. 



Salam kasih,
Cikgu Sabrina
#stayHome
#staySafe