Assalamualaikum
Anak-anak SMARt,
Apa khabar? Semoga sihat dan sejahtera disamping keluarga tersayang.
Hari ini, cikgu akan berkongsi mengenai kaedah menangi stress.
Apakah maksud stress?
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua:
Definisi : /strés/ keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal: Seseorang mungkin akan bergantung pd ubat tidur selagi ia risau dan ~ apabila masalahnya tidak dpt diselesaikan.
Kaedah menangani stress
Terdapat pelbagai kaedah untuk menangani stress. Salah satunya adalah dengan menggunakan kaedah 10 B:
B - Bertenang
B - Bernafas dengan dalam
B - Berkata: Relaks / Tak Mengapa
B - Beribadat
B - Bercakap dengan seseorang
B - Berurut
B - Berehat & Mendengar Muzik
B - Beriadah
B - Bersenam
B - Berfikiran Positif
Salam kasih,
Cikgu Sabrina
GBKSM SMA Rantau
No comments:
Post a Comment