Thursday, 2 July 2020

Minda Sihat - Tips Kawal Marah

Assalamualaikum..
Anak-anak apa khabar?
Semoga semuanya sihat disamping keluarga tersayang.


Hari ini cikgu ingin berkongsi mengenai Tips Untuk Kawal Marah (Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kemarahan pun ada definisinya, apakah ia? 
DEFINISI KEMARAHAN

Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada:-

i) Sakit hati / kecewa
ii) Ancaman / ugutan
iii) Penderaan fizikal
iv) Kehilangan

TANDA-TANDA 

i) Fizikal
• Mengetap 
• Sakit / pening
 • Tangan berpeluh
• Muka merah 

ii) Emosi
• Sedih
• Rasa bersalah
• Geram
• Gelisah

iii) Tingkah laku
• Menangis
• Menjerit
• Mengeluarkan kata-kata kesat
• Mengasingkan diri

Apabila rasa marah, bagaimana nak cuba kawal?
Dibawah ini cikgu kongsikan teknik 3B untuk kawal marah...

 LANGKAH 3B  
i) B : Berhenti
• Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa untuk mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar).
• Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam, atau membaca doa.
• Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat kejadian dengan serta merta.

ii) B : Berfikir
• Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap dengan orang yang anda marah.
• Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut.
• Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan.
• Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan ambil hati.

iii) B : Bertindak
• Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang menimbulkan kemarahan.
• Gunakan daya tindak yang berkesan (kaedah IDEAL)

Langkah-langkah penyelesaian masalah menggunakan kaedah IDEAL:

I - (Identify) Kenalpasti masalah (apakah yang menyebabkan masalah). Tanya diri anda atau orang lain.
a) Apa sebenarnya yang berlaku?
b) Siapakah yang terlibat?
c) Apakah punca masalah tersebut?
d) Bilakah berlaku?
e) Di manakah berlaku?

D - (Describe options) Huraikan pilihan-pilihan yang mungkin boleh menyelesaikan masalah.

E - (Evaluate consequences of each options) Buat penilaian akibat daripada setiap pilihan tersebut (timbang keburukan dan kebaikannya).

A - (Act) Bertindak berdasarkan pilihan yang terbaik.

L - (Learn) Belajar daripada tindakan yang diambil sama ada hasil tindakan tersebut berjaya menyelesaikan masalah atau sebaliknya. Iktiraf segala usaha yang telah dilakukan termasuk usaha diri sendiri.

TIPS UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK

i) Mengambilkira kesan setiap keputusan terhadap mereka yang terlibat.Sebaiknya libatkan setiap orang yang berkaitan dari peringkat awal perbincangan sebelum keputusan dibuat.

ii) Adalah berfaedah untuk menulis proses membuat keputusan di atas kertas dan buat catitan tentang cadangan-cadangan dengan mengambilkira butiran penting. Di samping mudah untuk melihat maklumat sebelum membuat sesuatu keputusan, ini juga boleh dijadikan rujukan pada masa-masa akan datang.

iii) Tulis kebaikan dan keburukan bagi setiap pilihan. Ini dapat membantu untuk menjelaskan lagi pemikiran.

iv) Membuat keputusan dengan memilih salah satu daripada beberapa pilihan yang ada. Proses ini melibatkan pemilihan sesuatu yang terbaik daripada beberapa pilihan yang baik.

v) Percaya kepada diri sendiri dalam membuat keputusan dan perlu faham bahawa keputusan yang telah diambil bukan 100% tepat. Selalunya membuat keputusan yang kurang tepat adalah lebih baik daripada tidak membuat keputusan langsung.

vi) Bila keputusan telah dibuat, jangan rasa ragu-ragu. Berwaspada akan kesannya dan tumpukan perhatian kepada langkah-langkah seterusnya. Jangan menyesal di atas keputusan yang telah dibuat. Itu adalah keputusan yang paling tepat pada masa itu. Kini tumpukan pula pada yang terbaik untuk masa kini.

vii) Elakkan daripada membuat keputusan secara tergesa-gesa atau gopoh.Tangguhkan dahulu membuat keputusan jika tidak mempunyai maklumat lengkap tentang sesuatu perkara itu.


Salam kasih,
Cikgu Sabrina
#staysafe
#stayhealthy

No comments:

Post a Comment