Wednesday, 15 July 2020

Minda Sihat: Berfikiran Positif

Assalamualaikum
Apa khabar anak-anak semua?
Semoga semua dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. 


Hari ini cikgu nak berkongsi mengenai Berfikiran Positif.

PENGENALAN 
Berfikir secara positif adalah satu kemampuan individu untuk melihat dari sudut kebaikan dalam sebarang situasi walaupun secara umumnya situasi tersebut adalah negatif. Dengan berfikir secara positif, individu akan dapat mengawal situasi untuk mencapai matlamat yang positif.

DEFINISI PEMIKIRAN POSITIF
 Pemikiran positif adalah satu kebolehan individu untuk melihat kebaikan dalam mana-mana situasi walaupun situasi tersebut nampaknya negatif. 

FAEDAH PEMIKIRAN POSITIF
  1. Individu akan berupaya mengawal situasi dan bukan sebaliknya. Ini membolehkan individu menangani situasi untuk mencapai hasil positif.
  2. Pemikiran positif berkait rapat dengan harga diri. 
  3. Berfikiran positif dan menjauhi fikiran negatif pada amnya adalah strategi daya tindak yang baik dalam menangani tekanan dengan lebih berkesan.


SENARIO: 
Dipersalahkan oleh ahli kumpulan kerana Markah Kerja Kumpulan Rendah.

Kemungkinan Respon 

i) Respon Negatif:
Pemikiran negatif:- 
Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Mesti ada orang cuba menganiaya aku”. 
Tindakan negatif:- 
Berasa kecil hati. Mohon berhenti kerja. Terus bersedih dan sentiasa mengelak daripada berjumpa rakan sekerja dan pengurus. 
Hasil negatif:- 
Tidak dapat menumpukan perhatian ketika bertugas. Prestasi semakin menurun. Mencari helah untuk tidak hadir kerja. 

ii) Respon Positif 
Pemikiran positif:- 
Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Aku akan mencuba dengan lebih baik pada masa akan datang”. 
Tindakan Positif:- 
Berjumpa dengan pengurus untuk membincangkan langkah-langkah bagi meningkatkan produktiviti syarikat. 
Hasil Positif:- 
Berasa selesa dengan diri sendiri dan mempunyai harga diri yang tinggi. Tidak perlu mengalami stres. 

Langkah-langkah membantu berfikir secara positif.
Langkah 1 : Mengenalpasti situasi. 
Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran negatif. 
Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran negatif tersebut sahih/wajar, serta mempunyai fakta yang kukuh. 
Langkah 4 : Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih munasabah.

Jadi, mana satu pilihan anak-anak???



Salam kasih,
Cikgu Sabrina

#kitajagakita
#staysafe
#stayhealthy

No comments:

Post a Comment