Wednesday, 15 July 2020

Minda Sihat: Berfikiran Positif

Assalamualaikum
Apa khabar anak-anak semua?
Semoga semua dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. 


Hari ini cikgu nak berkongsi mengenai Berfikiran Positif.

PENGENALAN 
Berfikir secara positif adalah satu kemampuan individu untuk melihat dari sudut kebaikan dalam sebarang situasi walaupun secara umumnya situasi tersebut adalah negatif. Dengan berfikir secara positif, individu akan dapat mengawal situasi untuk mencapai matlamat yang positif.

DEFINISI PEMIKIRAN POSITIF
 Pemikiran positif adalah satu kebolehan individu untuk melihat kebaikan dalam mana-mana situasi walaupun situasi tersebut nampaknya negatif. 

FAEDAH PEMIKIRAN POSITIF
  1. Individu akan berupaya mengawal situasi dan bukan sebaliknya. Ini membolehkan individu menangani situasi untuk mencapai hasil positif.
  2. Pemikiran positif berkait rapat dengan harga diri. 
  3. Berfikiran positif dan menjauhi fikiran negatif pada amnya adalah strategi daya tindak yang baik dalam menangani tekanan dengan lebih berkesan.


SENARIO: 
Dipersalahkan oleh ahli kumpulan kerana Markah Kerja Kumpulan Rendah.

Kemungkinan Respon 

i) Respon Negatif:
Pemikiran negatif:- 
Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Mesti ada orang cuba menganiaya aku”. 
Tindakan negatif:- 
Berasa kecil hati. Mohon berhenti kerja. Terus bersedih dan sentiasa mengelak daripada berjumpa rakan sekerja dan pengurus. 
Hasil negatif:- 
Tidak dapat menumpukan perhatian ketika bertugas. Prestasi semakin menurun. Mencari helah untuk tidak hadir kerja. 

ii) Respon Positif 
Pemikiran positif:- 
Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini, “Aku akan mencuba dengan lebih baik pada masa akan datang”. 
Tindakan Positif:- 
Berjumpa dengan pengurus untuk membincangkan langkah-langkah bagi meningkatkan produktiviti syarikat. 
Hasil Positif:- 
Berasa selesa dengan diri sendiri dan mempunyai harga diri yang tinggi. Tidak perlu mengalami stres. 

Langkah-langkah membantu berfikir secara positif.
Langkah 1 : Mengenalpasti situasi. 
Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran negatif. 
Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran negatif tersebut sahih/wajar, serta mempunyai fakta yang kukuh. 
Langkah 4 : Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih munasabah.

Jadi, mana satu pilihan anak-anak???



Salam kasih,
Cikgu Sabrina

#kitajagakita
#staysafe
#stayhealthy

Thursday, 9 July 2020

Minda Sihat: Teknik Relaksasi

Assalamualaikum
Anak-anak SMARt,
Apa khabar?

Semoga sentiasa berbahagia di bawah lembayung rahmat Ilahi.



Hari ini cikgu ingin berkongsi mengenai Teknik Relaksasi.

Apakah itu Teknik Relaksasi?


PENGENALAN

Teknik relaksasi adalah suatu teknik yang digunakan bagi mengurangkan tekanan atau stres. Teknik ini melibatkan pergerakan otot-otot skeletal (rangka) dan memerlukan minda ditumpukan kepada sensasi badan.


Faedah-faedah teknik relaksasi:-

a) Mengurangkan masalah fizikal akibat tertekan seperti gangguan tidur, sakit kepala, stres dan tekanan darah tinggi.

b) Meningkatkan tahap keyakinan dan harga diri (self esteem) hasil daripada keupayaan mengawal reaksi stres dengan baik.

c) Sikap tenang hasil daripada relaksasi dapat memperbaiki perhubungan klien dengan orang lain.


Teknik-teknik relaksasi adalah seperti berikut:-

a) Latihan pernafasan

b) Urutan
     • Bahu dan leher
     • Kaki

c) Terapi muzik

d) Relaksasi otot

e) Aromaterapi



Teknik Latihan pernafasan

a) Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi.

b) Pejam mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.

c) Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan 10.

d) Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.

e) Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas.

f) Ulangi 5 kali sehingga berasa tenang dan relaks.

g) Akhirnya, buka mata perlahan-lahan.



Relaksasi otot

a) Duduk di atas kerusi yang selesa.

b) Pejamkan mata.

c) Genggamkan sebelah tangan dengan kuat selama beberapa saat dan tumpukan perhatian kepada ketegangan genggaman tersebut.

d) Kemudian lepaskan genggaman perlahan-lahan. Rasakan ketegangan itu hilang perlahan-lahan.

e) Ulangi latihan ini pada otot-otot di bahagian lain badan (mata, muka, dahi,tangan dan kaki).



Terapi muzik

Contoh-contoh muzik untuk terapi:

 Relaxing song for studying


Relaxing music


Aromaterapi

(sumber: zakgreene.blogsopt)

Manfaat # 1: Aromatherapi Bantu Bidang Perubatan
Di Perancis, kaedah ini digunakan bagi melengkapkan lagi amalan tradisi perubatan yang mereka biasanya akan lakukan untuk menangani keperluan badan mereka. Di tempat ini, minyak pati diberi oleh doktor untuk menyasarkan organisma berbahaya yang boleh membawa kepada jangkitan virus, bakteria, atau kulat. Sebaliknya, di Amerika Syarikat, mereka akan menggunakan aroma untuk mengurangkan gejala penyakit. Ini adalah mengapa banyak orang sudah biasa dengan produk-produk seperti Vicks atau Halls ubat batuk yang berkesan melegakan sinus tersumbat serta kerongkong. Bahan kimia aromatik sebatian seperti kayu putih dan menthol boleh mengurangkan gejala yang berkaitan dengan selesema.
Manfaat # 2: Aromaterapi sebagai Tekanan Pelega
Apabila seseorang menyebut aromaterapi, perkara pertama yang akan berdering dalam telinga seseorang adalah bahawa ia boleh melegakan tekanan setiap hari. Aromaterapi kebanyakannya diberikan untuk mengurangkan simptom stres di kalangan rakyat. Satu contoh yang baik ini adalah minyak selasih yang biasanya diberikan untuk bertenang kesan kemurungan.
Manfaat # 3: Aromaterapi dan Kelakuan
Ia telah menunjukkan bahawa aromaterapi boleh memperbaiki keadaan fikiran itu memberi sedikit kesan kepada tingkah laku seseorang. Menurut kajian yang dijalankan di kalangan tikus, haiwan itu cenderung untuk menjadi tenang apabila mereka terkena aroma gaharu, lavender, dan lain-lain minyak disembur pada mereka ketika mereka menjadi sangat marah apabila terdedah kepada thymol, terpines oren, dan aroma lain.
Manfaat # 4: Aromatherapi Boleh Meningkatkan Tidur
Satu kajian menunjukkan bahawa orang tua dapat "tidur seperti bayi" masa yang apabila mereka terkena lavender aroma. Orang-orang ini mengalami gangguan kesukaran tidur dan terpaksa mengambil pil tidur untuk mendapatkan tidur sebelum penggunaan minyak wangi.
Manfaat # 5: Aromatherapi menjadikan Orang yang lebih Peka
Ia telah menunjukkan bahawa orang yang terkena rosemary dapat mempunyai penurunan dalam alpha frontal dan kuasa beta yang hanya menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam kewaspadaan. Tambahan pula, mereka juga mengalami tahap kebimbangan yang lebih rendah dan mereka boleh melakukan pengiraan matematik yang lebih cepat.
Manfaat # 6 Aromatherapi Menyembuhkan Luka
Anda boleh menggunakan minyak pokok teh untuk membersihkan luka pertama kemudian memohon helichrysum minyak pati di kawasan berhampiran luka tetapi tidak pada luka itu sendiri dengan tujuan untuk menggalakkan penyembuhan lebih cepat dan lebih selamat. Perlu diingat bahawa lebih cepat luka yang menyembuhkan parut yang lebih kecil akan berlaku.

Daripada perkongsian di atas, cikgu sarankan anak-anak untuk memilih mana-mana teknik relaksasi yang sesuai untuk mengawal tekanan yang dihadapi. In sha Allah ianya boleh membantu dan membuatkan kita tenang semula. Lakukan teknik relaksasi dengan konsisten dan lakukan juga dengan minda yang fokus. Semoga bermanfaat.

Salam kasih,
Cikgu Sabrina
GBKSM SMA Rantau

#kitajagakita
#stayhealthy
#staysafe

Thursday, 2 July 2020

Minda Sihat - Tips Kawal Marah

Assalamualaikum..
Anak-anak apa khabar?
Semoga semuanya sihat disamping keluarga tersayang.


Hari ini cikgu ingin berkongsi mengenai Tips Untuk Kawal Marah (Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kemarahan pun ada definisinya, apakah ia? 
DEFINISI KEMARAHAN

Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada:-

i) Sakit hati / kecewa
ii) Ancaman / ugutan
iii) Penderaan fizikal
iv) Kehilangan

TANDA-TANDA 

i) Fizikal
• Mengetap 
• Sakit / pening
 • Tangan berpeluh
• Muka merah 

ii) Emosi
• Sedih
• Rasa bersalah
• Geram
• Gelisah

iii) Tingkah laku
• Menangis
• Menjerit
• Mengeluarkan kata-kata kesat
• Mengasingkan diri

Apabila rasa marah, bagaimana nak cuba kawal?
Dibawah ini cikgu kongsikan teknik 3B untuk kawal marah...

 LANGKAH 3B  
i) B : Berhenti
• Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa untuk mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar).
• Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam, atau membaca doa.
• Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat kejadian dengan serta merta.

ii) B : Berfikir
• Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap dengan orang yang anda marah.
• Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut.
• Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan.
• Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan ambil hati.

iii) B : Bertindak
• Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang menimbulkan kemarahan.
• Gunakan daya tindak yang berkesan (kaedah IDEAL)

Langkah-langkah penyelesaian masalah menggunakan kaedah IDEAL:

I - (Identify) Kenalpasti masalah (apakah yang menyebabkan masalah). Tanya diri anda atau orang lain.
a) Apa sebenarnya yang berlaku?
b) Siapakah yang terlibat?
c) Apakah punca masalah tersebut?
d) Bilakah berlaku?
e) Di manakah berlaku?

D - (Describe options) Huraikan pilihan-pilihan yang mungkin boleh menyelesaikan masalah.

E - (Evaluate consequences of each options) Buat penilaian akibat daripada setiap pilihan tersebut (timbang keburukan dan kebaikannya).

A - (Act) Bertindak berdasarkan pilihan yang terbaik.

L - (Learn) Belajar daripada tindakan yang diambil sama ada hasil tindakan tersebut berjaya menyelesaikan masalah atau sebaliknya. Iktiraf segala usaha yang telah dilakukan termasuk usaha diri sendiri.

TIPS UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK

i) Mengambilkira kesan setiap keputusan terhadap mereka yang terlibat.Sebaiknya libatkan setiap orang yang berkaitan dari peringkat awal perbincangan sebelum keputusan dibuat.

ii) Adalah berfaedah untuk menulis proses membuat keputusan di atas kertas dan buat catitan tentang cadangan-cadangan dengan mengambilkira butiran penting. Di samping mudah untuk melihat maklumat sebelum membuat sesuatu keputusan, ini juga boleh dijadikan rujukan pada masa-masa akan datang.

iii) Tulis kebaikan dan keburukan bagi setiap pilihan. Ini dapat membantu untuk menjelaskan lagi pemikiran.

iv) Membuat keputusan dengan memilih salah satu daripada beberapa pilihan yang ada. Proses ini melibatkan pemilihan sesuatu yang terbaik daripada beberapa pilihan yang baik.

v) Percaya kepada diri sendiri dalam membuat keputusan dan perlu faham bahawa keputusan yang telah diambil bukan 100% tepat. Selalunya membuat keputusan yang kurang tepat adalah lebih baik daripada tidak membuat keputusan langsung.

vi) Bila keputusan telah dibuat, jangan rasa ragu-ragu. Berwaspada akan kesannya dan tumpukan perhatian kepada langkah-langkah seterusnya. Jangan menyesal di atas keputusan yang telah dibuat. Itu adalah keputusan yang paling tepat pada masa itu. Kini tumpukan pula pada yang terbaik untuk masa kini.

vii) Elakkan daripada membuat keputusan secara tergesa-gesa atau gopoh.Tangguhkan dahulu membuat keputusan jika tidak mempunyai maklumat lengkap tentang sesuatu perkara itu.


Salam kasih,
Cikgu Sabrina
#staysafe
#stayhealthy