Thursday, 23 April 2020

Saya minat kerjaya apa ya?

Assalamualaikum
Anak-anak semua,
Apa khabar?
Semoga semuanya sihat-sihat sahaja di samping keluarga yang tercinta.

Hari ini merupakan 1 Ramadan 1441H/2020 (24 April 2020)
Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua anak-anak.

Hari ini saya nak kongsi serba sedikit mengenai kerjaya.
Semua mesti nak kerjaya yang best-best kan bila sudah besar nanti?

Apakah definisi kerjaya?

Kerjaya bermaksud perkembangan dan kemajuan seseorang dari segi pekerjaan. Kerjaya selalunya merujuk kepada jawatan tetap dan berjaya menjadikan seseorang itu mencari nafkah hidup, menyara kehidupan. 
- sumber wikipedia

Setiap orang yang berkerjaya pastinya bermula dengan menjadi seorang pelajar dahulu. Bagaimana anda bentuk dan persiapkan diri anda untuk menjadi orang yang berkerjaya apabila dewasa kelak? Ramai sudah orang yang berjaya, kenapa anak-anak semua tidak kan? Tepuk dada tanya selera. Kemana hala tuju anak-anak selepas SPM. Mulai sekarang sudah boleh pasang strategi bagaimana nak berjaya. Ibu bapa dan guru tunjukkan jalan, anak-anaklah yang akan berjalan ke mana anak-anak nak pergi.



Anak-anak boleh klik di pautan bawah ini untuk akses ke pelbagai jenis ujian minat kerjaya. Boleh pilih mana yang bersesuaian. Cuba ya! Nanti share dengan saya keputusan anda.



Antara kerjaya-kerjaya yang terdapat di Malaysia
Apa kata mereka?
Tonton video-video di bawah ini ya.








Sebelum nak mulakan kerjaya mesti kena belajar dahulu. Mana lagi kalau bukan di sekolah, di universiti. Nah, cuba lihat carta laluan pendidikan di Malaysia ini.

Carta Laluan Pendidikan di Malaysia. 
(Klik pada gambar untuk lebih zoom)

Oklah, nanti kita akan sambung lagi mengenai kerjaya ini. Beruntung kepada sesiapa yang sudah ada pasang cita-cita dan azam untuk berkerjaya. Saya pasti murid tersebut sudah menampakkan cara untuk berjaya. Murid itu akan sentiasa berfikiran positif, hidup beliau sentiasa berpegang dengan tali Allah, menyayangi dan menghormati ibu bapa, berprasangka baik dan menghormati guru-guru, menjaga perhubungan sesama kawan-kawan serta masyarakat, tidak lokek berkongsi ilmu, berusaha dan berstrategi di dalam pembelajaran, contohnya membuat jadual waktu sendiri, membuat kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran dengan baik sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan melakukan riadah untuk mengekalkan kecergasan badan dan fikiran. Saya pasti semua anak-anak boleh lakukan. Hendak seribu daya kan?

Selamat berbuka puasa semua anak-anak. Tolong ibu ayah di rumah ya. Dapat tambah lagi pahala puasa. Anak yang baik mendengar kata.

Salam kasih,
-Cikgu Sabrina-
#staySafe
#stayHome

Wednesday, 22 April 2020

Ramadan 1441H

Assalamualaikum
Anak-anak semua,
Apa khabar?
Semoga semuanya ceria selalu.

Perkongsian hari ini pada 23 April 2020, semoga mendapat manfaat buat semua anak-anak.

Bulan Ramadan In sha Allah akan disambut oleh semua umat Islam di dunia ini pada 24 April 2020. Ramadan kali ini sedikit berbeza dari ramadan tahun-tahun sebelumnya mungkin kerana suasannya disambut semasa dunia menghadapi wabak Covid19 menular. Di Malaysia pula kita bakal menyambutnya dalam suasana PKP, dan keseronokan berpuasa adalah sedikit berbeza. Semuanya dilakukan di rumah. Tiada berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga yang besar, solat sunat tarawih berjemaah di masjid dan juga tiada bazar ramadan. Sesuatu yang baru. A new normal for all of us. Namun, kewajiban untuk kita menunaikan puasa tetap dilakukan dengan hati terbuka dan tetap kita berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah supaya menarik semula wabak Covid19 ini dari muka bumi ini.


 Nasyid Ramadan Tiba oleh Opick


“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain” (QS. Al-Baqarah: 185)

Ayat di atas adalah salah satu yang menunjukkan bahwa bulan Ramadhan adalah bulan yang memiliki banyak keutamaan. Keutamaan bulan Ramadhan tentu saja akan dapat dirasakan oleh mereka yang melakukan puasa, bukan yang tidak.Hal ini sebagaimana disampaikan dari Rasulullah SAW, ”Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan,dan setiap muslim apabila dia memanjatkan do’a maka pasti dikabulkan.”
Untuk itu, sebagai bulan yang istimewa, tentunya bulan Ramadhan memiliki banyak hikmah dan kebaikan yang boleh diambil. Berikut adalah beberapa hikmah Ramadhan yang dapat kita ambil.
Kebaikan dan Hikmah Bulan Ramadhan Ramadhan
Anak-anak klik di pautan bawah ini unruk merungkai himah Bulan Ramadan. Baca ya anak-anak semua...

Anak-anak semua, 

Kecantikan di sebalik helaian ilmu.
Tulisan ini ini dimuat turun oleh @Just_Bella22 di twitter beliau. Cantik dan kemas tulisan beliau menulis cara solat tarawih di rumah ini. Semoga banyak pahala yang diperolehi oleh penulis ini dengan share di twitter beliau.


Niat Solat Sunat Tarawih secara bersendirian dan berjemaah.


Cara menunaikan Solat Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat.

Cara menunaikan Solat Sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat.

Lafaz niat Solat Witir dan Lafaz niat (1) rakaat terakhir.



Jangan lupa niat puasa sebulan dan niat puasa harian ya anak-anak.

Ustaz Don Daniyal - Kepentingan Niat Ketika Puasa Ramadhan

Semoga kita berjaya mengharungi Ramadan pada tahun ini dengan keberkatan dari Allah. Semoga anak-anak semua selamat dibawah perlindungan Allah. Aamiinnn...Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan buat semua anak-anak SMARt. Semoga Ramadan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Kirim salam pada keluarga anak-anak semua.

Salam kasih,
-Cikgu Sabrina-
#stayHome
#staySafe

Tuesday, 21 April 2020

Aktiviti #StayatHome

Assalamualaikum,
Anak-anak SMARt semua,
Apa khabar?
Semoga baik-baik sahaja hari ini hari ini bersama keluarga tersayang.





Hari ini 22 April 2020, saya ingin berkongsi dengan anak - anak semua mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh di buat di rumah sepanjang masa PKP di rumah.

Mari kita tonton video ini bersama-sama:


Ianya adalah sangat penting untuk kekal aktif walaupun kita duduk di rumah sahaja supaya badan dan minda kita tidak lesu dan menjadi mudah negatif. Apabila kita banyak melakukan aktiviti sekaligus membuatkan kita tidak mudah untuk berfikiran yang bukan-bukan dan cepat panik apabila PKP diadakan.

Pelbagai hikmah yang boleh kita dapat dengan membuat aktiviti di rumah berdasarkan video di atas.

Antaranya:

Aktiviti Berjalan 5000 langkah di perkarangan rumah


Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:


  1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
  4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  5. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yangmembuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  6. Mengekalkan kekuatan otot.
  7. Mengurangkan risiko osteoporosis.
  8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.

Aktiviti Melukis dan Mewarna




1. Meningkatkan Tumpuan
Melalui aktiviti seni, anak-anak akan memberi fokus dan tumpuan yang sepenuhnya kepada aktiviti seni yang dilakukan. Sebagai contoh, jika sedang mewarna, anak-anak perlu memberi perhatian kepada pergerakan pensel warna dan tugas anak-anak dalam menyiapkan karyanya di atas kertas itu. Kebiasaannya, anak-anak yang sukar memberi tumpuan kepada sesuatu tugasan, adalah digalakkan untuk melakukan aktiviti seni dahulu seperti mewarna atau melukis bagi melatih mereka untuk tumpukan perhatian dalam sesuatu perkara.
2. Merangsang Kreativiti
Anak-anak boleh bercerita mengenai lukisan yang dilukis, anak-anak akan berasa kagum dengan kebolehan diri menghasilkan lukisan yang dibuat.
3. Menajamkan Kemahiran Motor Halus
Aktiviti seni juga dapat melatih kemahiran motor halus anak-anak. Ketika melukis dan memegang pensel, sebenarnya anak-anak dalam proses pembelajaran. Ketika melakukan aktiviti seni, anak-anak sebenarnya sedang melatih motor halus anak-anak.
4. Medium Luah Perasaan
Apabila melakukan aktiviti seni, anak-anak boleh mengekpresikan diri. Aktiviti seni yang dilakukan adalah medium untuk luahkan perasaan anak-anak. Setiap lukisan yang diukis pasti menggambarkan emosi anak-anak pada waktu itu. Gembirakah? Sedihkah? Ataupun mungkin sedang marah. Melalui lukisan, anak-anak dapat melihat apa emosi yang anak-anak ingin gambarkan melalui karya yang dihasilkan itu. Melukis dan mewarna umpama sebagai diari dalam bentuk lukisan.
5. Melatih Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah
Selain merangsang kreativiti anak-anak semua, aktiviti seni boleh menggalakkan anak-anak untuk berfikir. Anak-anak perlu berfikir bagaimana untuk selesaikan masalah yang dihadapi untuk menyiapkan aktiviti yang sedang dilakukan.

Anak-anak boleh muat turun gambar lukisan di bawah untuk aktiviti mewarna. Ianya juga salah satu terapi dengan mewarna.

Secret Garden 1
Secret Garden 2
Secret Garden 3
Secret Garden 4
Secret Garden 5

Aktiviti Berkebun Bersama Keluarga




Petikan akhbar Harian Metro bersama sebuah keluarga yang melakukan aktiviti berkebun bersama:


"IKATAN kekeluargaan yang akrab boleh disemai dengan pelbagai cara antaranya menerusi aktiviti hujung minggu, riadah mahupun berkebun.
Perkara ini diakui Nurul Nadia Shuhani, 26, yang menjadikan aktiviti kebun dapur bersama ayahnya, Shuhani Hassan, 55, dan ahli keluarga lain sebagai rutin yang merapatkan hubungan kekeluargaan.
Selain menuai hasil tanaman, aktiviti itu juga menjadikan mereka saling memahami, bertukar idea dan mengeratkan hubu­ngan sesama ahli keluarga di samping menjadikan kebun itu tempat merehat­kan minda.
Memanfaatkan ruangan luar rumah dengan pelbagai tanaman, Nurul Nadia berkata, awalnya hanya pokok bunga dan tanaman hiasan saja yang memenuhi landskap kediaman mereka di Masjid Tanah, Melaka."
“Banyak manfaat yang kami dapat sejak mula menanam sayuran sendiri. Selain dapat jimatkan kos belanja barangan dapur, hasil itu boleh juga disedekahkan kepada jiran dan sanak saudara.
“Paling penting sayur yang kami tanam bebas racun yang membahayakan kesihatan. Memang diakui sekarang susah hendak dapat sayur segar tanpa racun, jadi lebih baik tanam sendiri.
“Kelebihan lain yang saya dapati adalah dapat menurunkan berat badan kerana melakukan aktiviti berkebun ini juga mengeluarkan peluh, daripada hanya duduk saja di dalam rumah malah sayur dimakan setiap hari juga segar.
“Tidak dinafikan juga, sejak aktif mengerjakan kebun dapur ini, kami dapat hilangkan stres dan seronok apabila tengok apa yang ditanam tumbuh subur hasil titik peluh sendiri,” katanya.
Antara tanaman menghiasi halamannya yang kini menjadi perhatian ramai adalah kubis, terung, timun, sawi dan bendi selain ramuan dapur yang wajib ada di semua kediaman."



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anak -anak semua di dalam mengisi masa semasa PKP ini. 


Salam kasih,
-Cikgu Sabrina-
#stayatHome
#stayStay

Monday, 20 April 2020

Tips Mengurus Stress dan Anzieti

Assalamualaikum,
Anak-anak SMARt,
Apa khabar hari ini?
Semoga sentiasa ceria bersama keluarga tersayang.




Hari ini 21 April 2020, saya ingin berkongsi mengenai Teknik Mengurus Stress dan Anzieti Anda.

 Pertama sekali, anak-anak isi pemantauan kendiri di pautan (link) dibawah. Jawab dengan jujur dan jangan ambil masa yang lama. Ujian DASS ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap stress,anzieti dan kemurungan diri kita dalam gambaran 2 minggu yang lalu.

 0 = Tidak pernah sama sekali
1 = Jarang (1-2 sahaja berlaku dalam seminggu)
2 = Kerap (3-4 kali seminggu)
3 = Sangat Kerap (5-7 kali seminggu)

Klik di sini - Ujian DASS

Nota: Jika keputusan DASS anak-anak adalah sangat teruk boleh hubungi saya untuk kita berkongsi masalah.


Anak-anak,
Apakah maksud stress?



Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan dengan cara hidup kita. 

Menurut Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. – ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. – Ada tekanan perasaan yang baik (positif) dan ianya dinamakan sebagai “eustress” manakala yang yang buruk (negatif) pula dinamakan sebagai “distress"

GEJALA KETIKA STRESS 
• Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh. 

• Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka. 

• Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

 • Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedikgedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjeritjerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.


Pencegahan
Apa perlu saya lakukan untuk mengurangkan stress?

Mari anak-anak kita tonton Video Tips Pengurusan Stress ini.
Video 1

Video 2

Dalam video di atas terdapat 4 tips pengurusan stress yang baik:
1.Teknik Regulasi Emosi (Emotional Regulation Technique)
2. Pengurusan Tidur (Sleep Hygiene)
3. Aktiviti Recharge (Me Time)
4. Teknik Pernafasan Relaksasi

Tonton ya!



Kita beralih pula kepada anzieti

Anak-anak, apakah itu anzieti?

 Anzieti adalah bermaksud kegelisahan. Anzieti adalah berbeza dengan cemas yang biasa . Jika kegelisahan melampau ianya dipanggil Anxiety disorder yang mana ianya sejenis gangguan mental. Orang yang mengalami anzieti melampau ini akan berasa gelisah kepada semua perkara sehingga menggangu kehidupan seharian.

Justeru anak-anak, jom kita tonton video ini! Mudah untuk difahami.

Video Teknik Menangani Anzieti


Seterusnya saya kongsikan video mengenai Depression oleh Ustaz Don dari perspektif Islam. 

Tonton ya anak-anak...


Akhir kata, anak-anak, stress, anzieti dan depression ada banyak cara untuk kita tanganinya. Bahagiakan diri mengikut cara yang sesuai dengan diri kita. Susun atur kehidupan kita. Contohnya di masa PKP ini memang ada banyak kerja sekolah yang guru berikan. Untuk mengelakkan kita jadi tertekan, buat jadual waktu seharian. Kurangkan melihat media sosial dan bermain game secara berlebih-lebihan sehingga mengabaikan diri, keluarga dan keadaan sekeliling. Jika ada masalah berbincang secara baik dengan ibu bapa dan keluarga serta guru. 
In sha Allah sentiasa ada jalan penyelesaian jika kita mahukannya. 
Sayangi diri sendiri.




Salam kasih,
-Cikgu Sabrina-
#stayHome
#staySafe

Sunday, 19 April 2020

Go to your dream! No matter how hard!

Assalamualaikum
Anak-anak SMARt semua,
Semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang,


Hari ini 20 April 2020, saya ingin berkongsi dengan anak-anak semua betapa pentingnya kita teruskan usaha mengejar cita-cita dan matlamat kita walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi.

Anak-anak,
Apakah maksud cita-cita?

Definisi Cita-cita menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua: 

1. Keinginan yang selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 
2. Tujuan yg hendak dicapai atau yang hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. 


Definisi Cita-cita di dalam Bahasa Inggeris menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan:

cita-citato have great ~, mempunyai cita-cita tinggi; the Chair of Physics was her ~, menyandang Kerusi Fizik menjadi cita-citanya.


Justeru, anak-anak,
Cita-cita boleh kita rangkumkan disini sebagai sesuatu pencapaian atau matlamat yang ingin di capai, sesuatu yang baik, sesuatu yang boleh kita banggakan untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara.

Namun,perjalanan untuk mencapai cita-cita/matlamat bukanlah mudah. Ianya tidak kira sama ada orang itu kaya atau miskin, muda atau tua, gifted atau tidak. Kerana di dalam dunia ini penuh dengan ujian tetapi jika kita berusaha tiada yang mustahil untuk kita capai. Semuanya dia atas keredhaan Allah jua.

Jom kita tengok video edugames yang disampaikan oleh Cgu Jinggo mengenai mencapai matlamat dan strategi mencapai cita-cita. Semua anak-anak kenal dengan Cgu Jinggo kan? :)


Dalam video ini, Cgu Jinggo gambarkan ada kawasan A dan B. 
Matlamat Cgu Jinggo adalah meniup belon dan melepaskan belon tersebut dari kawasan A ke kawasan B. 

Belon yang dilepaskan pergi ke merata-rata tempat. Macam-macam yang terjadi, tetapi dapat tak Cgu Jinggo capai matlamat dia untuk menggerakkan belon dari kawasan A ke B? Sama-sama anak-anak tonton video ini hingga habis.


Belon tu diumpamakan sebagai matlamat/cita- cita kita. No matter how hard, you do it until it is done. Work hard. Have a strategy. Because this is called self-love and dignity. Nobody can give happiness and success in your life except you do it by yourself. Have compassion for others. Allah's will, someday you will be proud of what you have been through and what you have become.



Salam kasih,
-Cikgu Sabrina-
#stayHome
#staySafe

Friday, 17 April 2020

Pandemik Covid19

Assalamualaikum
Apa khabar anak-anak SMARt hari ini?
Semoga sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

Hari ini 18 April 2020, saya nak berkongsi mengenai Pandemik Covid19 dan langkah-langkah pencegahannya. Satu dunia sedang diuji dengan wabak Covid19 yang menakutkan ini. Untuk memutuskan rantaian wabak Covid19 ini, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang drastik iaitu mengarahkan semua rakyat Malaysia untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehingga ke tarikh ini sudah 32 hari kita mematuhi arahan PKP ini. This is the new normal, right? 

Tahniah kepada anak-anak yang patuh arahan kerajaan untuk kita bersama-sama melawan Covid19 ini dengan duduk di rumah. Percayalah, pengorbanan anak-anak dengan duduk di rumah ini besar harganya untuk semua rakyat Malaysia.


Apakah maksud Pandemik? 

Istilah pandemik atau “pandemic” merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata, mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.

Status Terkini Kes Baharu Covid19 di Malaysia sehingga 17 April 2020

Menonton video lebih menarik bukan? Jadi, mari kita tonton video mengenai Covid19 daripada World Health Organization (WHO). 


Novel coronavirus (2019-nCoV)



Mari anak-anak kita baca bersama-sama:


 #stayHome #staySafe #dudukRumah #kitamestiMenang



Boleh hubungi saya jika mahu mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara dalam talian melalui aplikasi Whatsapp.


Mari kita semua berdoa kepada ALLAH S.W.T agar Pandemik Virus Covid19 ini segera berakhir dan kita semua boleh menjalani kehidupan seperti sediakala.

Salam kasih,
-Cikgu Sabrina-
#stayHome
#staySafe
#kitamestiMenang

Never Give Up!

Assalamualaikum anak-anak SMARt semua, 
Apa khabar?
Semoga anak-anak berbahagia selalu hendaknya.😀

Mari tonton filem motivasi pendek ini bersama-sama:




Filem pendek ini berkisarkan tentang:

1) Sentiasa menghargai orang-orang di sekeliling kita. Tidak kira mereka itu kecil atau besar, tua atau muda, miskin atau kaya. Jangan remehkan kehadiran mereka kerana mungkin suatu hari nanti mereka akan menjadi penyelamat atau penolong di saat kita sangat memerlukannya. 


2) Kehidupan kita umpama roda, tak selamanya kita berada di bawah dan tidak selamanya jua kita berada di atas. Jadi mulai harimu dengan selalu bersyukur dalam keadaan apapun, menjadi inspirasi, kamu menjadi sebab untuk orang lain tidak mudah menyerah kalah 💪💪💪


#nevergiveup
#stayHome
#staySafe

Salam kasih, 
-Cikgu Sabrina-
-17 April 2020-

Thursday, 16 April 2020

Jom Buat Jadual Belajar!




JOM BUAT JADUAL BELAJAR!

MACAMANA NAK BUAT JADUAL BELAJAR?

Waktu PKP ni lagi banyak masa kan... ok jom kita buat jadual. Mana tahu boleh juga jadi panduan kan.

Susun jadual di sini:

🙋 https://forms.gle/w83N4E5qYKz6WPPs6

Mudah jer ! Mak ayah pun boleh cuba.


🙋 Nota:
*Anak-anak yang sudah siap jadualnya boleh share dengan saya di whatsapp personal.


:Kredit:
Jadual waktu belajar ini telah dibina oleh:
Cikgu Fazlie dan Cikgu Jaafar
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra

Info Tingkatan Enam - http://www.kistarp.edu.my



Salam kasih,
-CikguSabrina-
#StayHome
#BeSafe
#BeHappy
#Don’tWorry