Assalamualaikum
Anak-anak semua,
Apa khabar?
Semoga semuanya sihat-sihat sahaja di samping keluarga yang tercinta.
Hari ini merupakan 1 Ramadan 1441H/2020 (24 April 2020)
Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua anak-anak.
Hari ini saya nak kongsi serba sedikit mengenai kerjaya.
Semua mesti nak kerjaya yang best-best kan bila sudah besar nanti?
Apakah definisi kerjaya?
Kerjaya bermaksud perkembangan dan kemajuan seseorang dari segi pekerjaan. Kerjaya selalunya merujuk kepada jawatan tetap dan berjaya menjadikan seseorang itu mencari nafkah hidup, menyara kehidupan.
- sumber wikipedia
Setiap orang yang berkerjaya pastinya bermula dengan menjadi seorang pelajar dahulu. Bagaimana anda bentuk dan persiapkan diri anda untuk menjadi orang yang berkerjaya apabila dewasa kelak? Ramai sudah orang yang berjaya, kenapa anak-anak semua tidak kan? Tepuk dada tanya selera. Kemana hala tuju anak-anak selepas SPM. Mulai sekarang sudah boleh pasang strategi bagaimana nak berjaya. Ibu bapa dan guru tunjukkan jalan, anak-anaklah yang akan berjalan ke mana anak-anak nak pergi.
Anak-anak boleh klik di pautan bawah ini untuk akses ke pelbagai jenis ujian minat kerjaya. Boleh pilih mana yang bersesuaian. Cuba ya! Nanti share dengan saya keputusan anda.
Antara kerjaya-kerjaya yang terdapat di Malaysia
Apa kata mereka?
Tonton video-video di bawah ini ya.
Sebelum nak mulakan kerjaya mesti kena belajar dahulu. Mana lagi kalau bukan di sekolah, di universiti. Nah, cuba lihat carta laluan pendidikan di Malaysia ini.↓
Carta Laluan Pendidikan di Malaysia.
(Klik pada gambar untuk lebih zoom)
Oklah, nanti kita akan sambung lagi mengenai kerjaya ini. Beruntung kepada sesiapa yang sudah ada pasang cita-cita dan azam untuk berkerjaya. Saya pasti murid tersebut sudah menampakkan cara untuk berjaya. Murid itu akan sentiasa berfikiran positif, hidup beliau sentiasa berpegang dengan tali Allah, menyayangi dan menghormati ibu bapa, berprasangka baik dan menghormati guru-guru, menjaga perhubungan sesama kawan-kawan serta masyarakat, tidak lokek berkongsi ilmu, berusaha dan berstrategi di dalam pembelajaran, contohnya membuat jadual waktu sendiri, membuat kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran dengan baik sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan melakukan riadah untuk mengekalkan kecergasan badan dan fikiran. Saya pasti semua anak-anak boleh lakukan. Hendak seribu daya kan?
Selamat berbuka puasa semua anak-anak. Tolong ibu ayah di rumah ya. Dapat tambah lagi pahala puasa. Anak yang baik mendengar kata.
Salam kasih,
-Cikgu Sabrina-
#staySafe
#stayHome
No comments:
Post a Comment