Assalamualaikum
Anak-anak SMARt semua,
Semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang,
Hari ini 20 April 2020, saya ingin berkongsi dengan anak-anak semua betapa pentingnya kita teruskan usaha mengejar cita-cita dan matlamat kita walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi.
Anak-anak,
Apakah maksud cita-cita?
Definisi Cita-cita menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua:
1. Keinginan yang selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor.
2. Tujuan yg hendak dicapai atau yang hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya.
Definisi Cita-cita di dalam Bahasa Inggeris menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan:
n cita-cita: to have great ~, mempunyai cita-cita tinggi; the Chair of Physics was her ~, menyandang Kerusi Fizik menjadi cita-citanya.
Justeru, anak-anak,
Cita-cita boleh kita rangkumkan disini sebagai sesuatu pencapaian atau matlamat yang ingin di capai, sesuatu yang baik, sesuatu yang boleh kita banggakan untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara.
Namun,perjalanan untuk mencapai cita-cita/matlamat bukanlah mudah. Ianya tidak kira sama ada orang itu kaya atau miskin, muda atau tua, gifted atau tidak. Kerana di dalam dunia ini penuh dengan ujian tetapi jika kita berusaha tiada yang mustahil untuk kita capai. Semuanya dia atas keredhaan Allah jua.
Jom kita tengok video edugames yang disampaikan oleh Cgu Jinggo mengenai mencapai matlamat dan strategi mencapai cita-cita. Semua anak-anak kenal dengan Cgu Jinggo kan? :)
Dalam video ini, Cgu Jinggo gambarkan ada kawasan A dan B.
Matlamat Cgu Jinggo adalah meniup belon dan melepaskan belon tersebut dari kawasan A ke kawasan B.
Belon yang dilepaskan pergi ke merata-rata tempat. Macam-macam yang terjadi, tetapi dapat tak Cgu Jinggo capai matlamat dia untuk menggerakkan belon dari kawasan A ke B? Sama-sama anak-anak tonton video ini hingga habis.
Belon tu diumpamakan sebagai matlamat/cita- cita kita. No matter how hard, you do it until it is done. Work hard. Have a strategy. Because this is called self-love and dignity. Nobody can give happiness and success in your life except you do it by yourself. Have compassion for others. Allah's will, someday you will be proud of what you have been through and what you have become.
Salam kasih,
-Cikgu Sabrina-
#stayHome
#staySafe
No comments:
Post a Comment