Friday, 17 April 2020

Pandemik Covid19

Assalamualaikum
Apa khabar anak-anak SMARt hari ini?
Semoga sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

Hari ini 18 April 2020, saya nak berkongsi mengenai Pandemik Covid19 dan langkah-langkah pencegahannya. Satu dunia sedang diuji dengan wabak Covid19 yang menakutkan ini. Untuk memutuskan rantaian wabak Covid19 ini, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang drastik iaitu mengarahkan semua rakyat Malaysia untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehingga ke tarikh ini sudah 32 hari kita mematuhi arahan PKP ini. This is the new normal, right? 

Tahniah kepada anak-anak yang patuh arahan kerajaan untuk kita bersama-sama melawan Covid19 ini dengan duduk di rumah. Percayalah, pengorbanan anak-anak dengan duduk di rumah ini besar harganya untuk semua rakyat Malaysia.


Apakah maksud Pandemik? 

Istilah pandemik atau “pandemic” merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata, mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.

Status Terkini Kes Baharu Covid19 di Malaysia sehingga 17 April 2020

Menonton video lebih menarik bukan? Jadi, mari kita tonton video mengenai Covid19 daripada World Health Organization (WHO). 


Novel coronavirus (2019-nCoV)



Mari anak-anak kita baca bersama-sama:


 #stayHome #staySafe #dudukRumah #kitamestiMenang



Boleh hubungi saya jika mahu mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara dalam talian melalui aplikasi Whatsapp.


Mari kita semua berdoa kepada ALLAH S.W.T agar Pandemik Virus Covid19 ini segera berakhir dan kita semua boleh menjalani kehidupan seperti sediakala.

Salam kasih,
-Cikgu Sabrina-
#stayHome
#staySafe
#kitamestiMenang

No comments:

Post a Comment