Assalamualaikum,
Anak-anak SMARt,
Apa khabar hari ini?
Semoga sentiasa ceria bersama keluarga tersayang.
Pertama sekali, anak-anak isi pemantauan kendiri di pautan (link) dibawah. Jawab dengan jujur dan jangan ambil masa yang lama. Ujian DASS ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap stress,anzieti dan kemurungan diri kita dalam gambaran 2 minggu yang lalu.
0 = Tidak pernah sama sekali
1 = Jarang (1-2 sahaja berlaku dalam seminggu)
2 = Kerap (3-4 kali seminggu)
3 = Sangat Kerap (5-7 kali seminggu)

Klik di sini - Ujian DASS
Nota: Jika keputusan DASS anak-anak adalah sangat teruk boleh hubungi saya untuk kita berkongsi masalah.
Anak-anak,
Apakah maksud stress?
Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan dengan cara hidup kita.
Menurut Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. – ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. – Ada tekanan perasaan yang baik (positif) dan ianya dinamakan sebagai “eustress” manakala yang yang buruk (negatif) pula dinamakan sebagai “distress"
GEJALA KETIKA STRESS
• Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
• Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.
• Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
• Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedikgedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjeritjerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
Pencegahan
Apa perlu saya lakukan untuk mengurangkan stress?
Mari anak-anak kita tonton Video Tips Pengurusan Stress ini.
Video 1
Video Teknik Menangani Anzieti
Seterusnya saya kongsikan video mengenai Depression oleh Ustaz Don dari perspektif Islam.
Tonton ya anak-anak...
Akhir kata, anak-anak, stress, anzieti dan depression ada banyak cara untuk kita tanganinya. Bahagiakan diri mengikut cara yang sesuai dengan diri kita. Susun atur kehidupan kita. Contohnya di masa PKP ini memang ada banyak kerja sekolah yang guru berikan. Untuk mengelakkan kita jadi tertekan, buat jadual waktu seharian. Kurangkan melihat media sosial dan bermain game secara berlebih-lebihan sehingga mengabaikan diri, keluarga dan keadaan sekeliling. Jika ada masalah berbincang secara baik dengan ibu bapa dan keluarga serta guru.
In sha Allah sentiasa ada jalan penyelesaian jika kita mahukannya.
Sayangi diri sendiri.

Video 2
Dalam video di atas terdapat 4 tips pengurusan stress yang baik:
1.Teknik Regulasi Emosi (Emotional Regulation Technique)
2. Pengurusan Tidur (Sleep Hygiene)
3. Aktiviti Recharge (Me Time)
4. Teknik Pernafasan Relaksasi
Tonton ya!
Kita beralih pula kepada anzieti
Anak-anak, apakah itu anzieti?
Anzieti adalah bermaksud kegelisahan. Anzieti adalah berbeza dengan cemas yang biasa . Jika kegelisahan melampau ianya dipanggil Anxiety disorder yang mana ianya sejenis gangguan mental. Orang yang mengalami anzieti melampau ini akan berasa gelisah kepada semua perkara sehingga menggangu kehidupan seharian.
Justeru anak-anak, jom kita tonton video ini! Mudah untuk difahami.
Seterusnya saya kongsikan video mengenai Depression oleh Ustaz Don dari perspektif Islam.
Tonton ya anak-anak...
Akhir kata, anak-anak, stress, anzieti dan depression ada banyak cara untuk kita tanganinya. Bahagiakan diri mengikut cara yang sesuai dengan diri kita. Susun atur kehidupan kita. Contohnya di masa PKP ini memang ada banyak kerja sekolah yang guru berikan. Untuk mengelakkan kita jadi tertekan, buat jadual waktu seharian. Kurangkan melihat media sosial dan bermain game secara berlebih-lebihan sehingga mengabaikan diri, keluarga dan keadaan sekeliling. Jika ada masalah berbincang secara baik dengan ibu bapa dan keluarga serta guru.
In sha Allah sentiasa ada jalan penyelesaian jika kita mahukannya.
Sayangi diri sendiri.
Salam kasih,
-Cikgu Sabrina-
#stayHome
#staySafe
No comments:
Post a Comment